fbpx

Sevilla pakar julang Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEVILLA adalah pasukan paling banyak meraih kejuaraan Liga Europa dengan keseluruhan enam gelaran telah dimenangi sejak kejohanan itu mula dipertandingkan pada 1971. – AFP

COLOGNE, JERMAN – Ketua jurulatih Sevilla, Julen Lopetegui menyifatkan, semangat juang tinggi dan kekuatan mental yang tidak cepat menyerah kalah adalah kunci kepada kejayaan mereka menjulang kejuaraan Liga Europa musim ini.

Kejayaan menewaskan gergasi Itali, Inter Milan 3-2 dalam aksi final di Stadium Rhein Energie awal pagi semalam adalah trofi Liga Europa keenam buat Sevilla selepas berjaya memenangi lima edisi terdahulu pada 2006, 2007, 2014, 2015 dan 2016.

“Kemenangan ini sangat istimewa kerana pemain telah menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi. Walaupun kami ketinggalan pada awal permainan, tetapi para pemain tidak berputus asa mencari gol pe­nyamaan.

“Saya memuji Luuk de Jong yang berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi final ini. Dia seorang pemain yang sangat rajin dan berjaya menampilkan permainan sempurna untuk membantu pasukan meraih kemena­ngan.

“Pujian juga harus diberikan kepada semua pemain yang bertungkus lumus merealisasikan impian pasukan untuk meraih trofi bersejarah ini,” kata Lopetegui.

Inter terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Romelu Lukaku seawal minit kelima selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Sevilla, Diego Carlos, sekali gus meledak gol peribadi ke-34 musim ini.

Bagaimanapun, Sevilla bangkit menjaringkan dua gol menerusi tandukan De Jong pada minit ke-12 dan 33 sebelum Diego Godin menyamakan kedudukan buat Inter berselang dua minit kemudian.

Carlos menebus kesilapannya apabila muncul wira buat Sevilla selepas bola hasil daripada sepakan guntingnya terkena kaki Lukaku untuk menghadiahkan gol kemenangan jaguh Sepanyol itu pada minit ke-74. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI