PUTRAJAYA – Penerima dos pertama vaksin AstraZeneca boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tempoh sela masa bagi agihan dos kedua dipendekkan kepada enam minggu.
Ia memberi kelegaan kepada penerima vaksin berkenaan kerana sebelum ini mereka terpaksa menunggu selama sembilan minggu bagi menerima dos kedua.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketetapan terbaharu mengenai agihan dos kedua vaksin itu akan bermula 1 Oktober ini.
Beliau berkata, keputusan itu adalah sebagai usaha untuk memudahkan penerima dos vaksin AstraZeneca di negara ini.
“Ini bermakna mereka akan menerima dos kedua dalam tempoh enam minggu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, jarak masa dos kedua AstraZeneca adalah 12 minggu, sebelum dipendekkan ke sembilan minggu, bermula Julai lalu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929