fbpx

Derita Adam Ryyan sakit kepala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Shahirah dan Sakaruddin bersama Adam Ryyan ketika ditemui dirumahnya di Kampung Parit Kongsi, Penerok, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Parit Kongsi, Penerok di sini, diuji dengan kehadiran cahaya mata yang menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus.

Biarpun bayi mereka dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain, Nor Shahirah Jamil, 30, dan suaminya, Sakaruddin Razali, 30, tidak pernah terdetik untuk mengabaikan atau menyi­sihkan, Adam Ryyan.

Malah, kehadiran anak syur­ga yang dilahirkan pada 22 Okto­ber 2019 itu telah menguatkan lagi ikatan kasih sa­yang keluarga ke­cil kerani sebuah kilang elek­tronik dan pemandu kenderaan Majlis Perbandaran Pontian itu.

Menurut Nor Shahirah, selain penyakit lebihan cecair pada otak, Adam Ryyan juga dilahirkan mengalami sumbing pada mulutnya dan hanya mempunyai satu lubang hidung tidak seperti bayi normal yang lain.

“Kepalanya semakin membesar ketika anak saya mencapai usia lapan bulan, mengembang sebelah tepi kanan, sejak itu Adam Ryyan sering muntah apabila minum susu selain sukar untuk tidur.

“Anak saya juga mengalami sawan yang teruk, manakala ukur lilit saiz kepalanya bertambah kepada 57 sentimeter,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Nor Shahirah berkata, sejak dilahirkan, Adam Ryyan diberikan perhatian terbaik dengan menjaga kesihatannya termasuk mengeluarkan belanja mence­cah ribuan ringgit semata-mata mahu anak sulung mereka kembali pulih.

Jelasnya, Adam Ryyan dirujuk ke pakar kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum dipasang alat bagi membuang lebihan cecair melalui perut dan keluar ketika membuang air kencing pada Jun tahun lalu.

“Sebelum pasang alat ini, Adam Ryyan sering muntah, sawan, sekarang dan beransur pulih. Saya juga pernah rasa tertekan ketika dapat tahu yang anak saya lahir tidak sempurna.

“Namun, sokongan dan kata-kata nasihat suami, keluarga dua-dua pihak serta rakan-rakan membuatkan saya bangkit dan bersemangat.

“Biar apa pun jadi, kami akan beri kasih sayang sepenuhnya untuk dia,” katanya.

Ujar Nor Shahirah, dia kini menerima bantuan penjagaan Adam Ryyan sebanyak RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarkat yang digunakan bagi membeli susu khas, lampin pakai buang dan perkara lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI