fbpx

Keladi 3 warna cecah RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara keladi hiasan yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.

PETALING JAYA – Kegilaan baru rakyat Malaysia selepas beberapa hobi sebelum ini antaranya ikan laga (Belta) serta ikan Snake Heads kini terarah pula kepada pokok hiasan.

Terkini, pokok keladi yang sebelum ini hanya dijumpai di tepi-tepi paya rupanya menjadi kegilaan baharu rakyat Malaysia.

Namun ramai memilih kepada keladi yang mempunyai perbezaan pada rupa paras dan memiliki tiga warna berbeza.

Difahamkan, pokok keladi hiasan yang memiliki tiga warna menjadi rebutan boleh mencecah harga sehingga RM500 ke RM1,500 sepasu.

Dilaporkan trend ini berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun lalu kerana difahamkan ramai rakyat Malaysia yang kebosanan ketika perintah tersebut.

Rata-rata orang ramai menyifatkan hobi tersebut juga tidak kekal lama seperti mana hobi-hobi sebelum ini.

“Harapnya biarlah minat baru ni kekal lama sikit, kadang-kadang rakyat kita ni bermusim. Jenuh juga nak ‘follow’,” jelas Osman Hasan.

“Baru je bela ikan Belta, dah timbul hobi baru pula. Betul-betul berduit rakyat kita ni. Jangan mahal sangat aku baru nak mula minat ni,” ujar Saiful Rani. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI