fbpx

Malaysia, 56 negara lain sertai debat UNGA secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi debat Ismail Sabri akan berlangsung antara pukul 11 malam esok hingga 1 pagi Ahad ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal berucap secara maya ketika sesi debat Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76 esok

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob berkata, ini merupakan penampilan julung kali pemimpin berkenaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara maya yang akan disiarkan di dua skrin gergasi di dewan UNGA.

“Pemimpin dari 56 negara lain juga tampil sedemikian dan di peringkat Asia Tenggara, hanya ketua kerajaan Vietnam yang muncul sesi itu secara fizikal,” katanya pada sidang akhbar khas di Wisma Putra di sini hari ini.

Langkah tersebut susulan kebimbangan isu penularan varian baharu wabak Covid-19 di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat (AS) yang sudah merekodkan banyak kes baharu.

Muhammad Shahrul berkata, ucapan Ismail Sabri pada sesi itu katanya, dapat diikuti menerusi platform rasmi televisyen PBB dan saluran TV1 RTM dijangka menyiarkannya antara pukul 11 malam hingga 1 pagi Ahad ini.

Beliau merupakan pendebat kesembilan selepas pemimpin Haiti dan sebelum Laos. Presiden UNGA ialah Abdulla Shahid iaitu bekas menteri luar dan Speaker Parlimen Maldives.

Sesi debat umum yang sudah berlangsung sejak Selasa lalu dan akan berakhir pada Isnin depan itu merupakan wadah setiap pemimpin menyatakan pendirian negara dalam isu antarabangsa.

Malaysia yang menjadi anggota PBB pada 1957 setelah mencapai kemerdekaan, turut tidak ketinggalan menyertai sesi debat itu bagi menzahirkan penegasan negara dalam pelbagai isu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI