fbpx

68 Ahli Parlimen diberikan pengurangan bayaran kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang hadir di Dataran Merdeka, semalam membuat bantahan penangguhan sidang Parlimen.

PUTRAJAYA – Seramai 68 ahli Parlimen yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka Ogos lalu telah memohon pengurangan bayaran kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengurangan bayaran kompaun telah diberikan dan kesemua Ahli Parlimen tersebut telah menjelaskan bayaran.

“Sama seperti rakyat lain, mereka yang langgar SOP dikenakan kompaun dan mereka minta diberikan diskaun.

“Kita bersetuju untuk beri diskaun kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar penguatkuasaan dan pematuhan SOP Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, seramai 68 Ahli Parlimen disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI