fbpx

Umur lelaki Britain semakin pendek akibat pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail diambil pada 15 September lalu menunjukkan orang ramai berjalan melintasi London Bridge menuju ke Kota London.- AFP

LONDON – Penularan pandemik Covid-19 dipercayai telah menjejaskan jangka hayat kaum lelaki di Britain, lapor laman berita Wionews, semalam.

Perkara itu berlaku buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun.

Menurut wakil Pejabat Perangkaan Negara Britain (ONS), Pamela Cobb,  jangka hayat warga negara itu telah menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh 40 tahun terakhir meskipun agak perlahan.

Namun begitu, sejak dilanda wabak Covid-19, jumlah kematian menjadi lebih banyak berbanding biasa dan kebanyakan mangsa yang terkorban adalah kaum lelaki.

“Anggaran jangka hayat semakin pendek ini tidak menjejaskan golongan wanita namun lebih memberi impak pada kaum lelaki.

“Jangka hayat lelaki di Britain menurun mendadak hingga ke tahap yang dilaporkan sekitar tahun 2012 hingga 2014,” jelas Cobb.

Sebelum wabak Covid-19 melanda, bayi lelaki yang dilahirkan antara 2015 hingga 2017 dijangka hidup selama 79.2 tahun.

Bagaimanapun, jumlah itu kini berkurang menjadi 70 tahun untuk bayi yang dilahirkan antara 2018 dan 2020.

Sebaliknya, jangka hayat bagi wanita sebahagian besarnya tetap sama, iaitu 89.2 tahun untuk bayi yang dilahirkan antara 2015 dan 2017 serta 2018 hingga 2020.-  Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI