fbpx

Cip semikonduktor kurang, industri automatif rugi RM879 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada masalah tersebut adalah melibatkan rantaian bekalan global. - Foto fail tartaruga1988

LONDON – Firma perunding AlixPartners menyatakan semalam bahawa masalah kekurangan cip semikonduktor global akan menyebabkan kerugian sebanyak AS$210 (RM879 bilion) kepada industri automotif tahun ini dan jumlah itu hampir dua kali ganda daripada  yang dianggarkan beberapa bulan lalu, lapor agensi berita United Press International semalam.

Firma itu mengatakan, unjuran yang diperbaharui itu menunjukkan industri automotif akan mengalami kerugian lebih banyak wang berbanding ramalan asalnya pada Mei lalu iaitu sebanyak A$110 bilion (RM460 bilion).

Pakar-pakar di AlixPartners berkata, sebanyak 7.7 juta unit kenderaan tidak dapat disiapkan pada 2021 kerana kekurangan cip tersebut, peningkatan 3.9 juta berbanding ramalan sebelumnya.

“Orang awam sudah pastinya mengharapkan krisis cip ini akan reda sekarang, namun insiden seperti pelaksanaan perintah berkurung Covid-19 di Malaysia dan masalah-masalah lain menyebabkan keadaan bertambah buruk,” kata pengasas bersama automotif global AlixPartners, Mark Wakefield.

Pengarah Urusan amalan automotif dan perindustrian AlixPartners, Dan Hearsch berkata, sebahagian daripada masalah itu adalah berpunca daripada rantaian bekalan global.

Kekurangan cip setakat ini telah melumpuhkan sejumlah kilang di Amerika Utara. 

Awal bulan ini, syarikat General Motors menghentikan pengeluaran di beberapa kilangnya kerana kekurangan cip semikonduktor. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI