fbpx

[VIDEO] Maut jatuh ‘flyover’ lepas hantar adik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak dan jatuh dari flyover Lebuh Raya EDL menghala ke Pandan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Hasrat murni seorang abang untuk membawa pulang adiknya selepas menerima vaksin Covid-19 berakhir tragedi apabila dia maut selepas tercampak jatuh dari laluan bertingkat Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Pandan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu maut di tempat kejadian manakala adiknya berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan apabila terjatuh di lokasi kemalangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian kemalangan itu dipercayai disebabkan motosikal itu terbabas sendiri dan melanggar tembok konkrik di Kilometer 4 Lebuh Raya EDL.

Pasukan perubatan menghulurkan bantuan awal kepada adik mangsa dalam kemalangan di Kilometer 4, Lebuh Raya EDL, Pandan, Johor Bahru, Johor

Katanya, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pasir Gudang selepas menghantar adiknya untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini.

“Mangsa yang difahamkan terbabas dan tercampak ke laluan bawah Lebuh Raya EDL, kira-kira pada ketinggian 20 kaki dan mengalami cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara itu, adiknya yang terjatuh di lokasi kejadian itu hanya mengalami kecederaan ringan di jari sahaja,” katanya dalam ketika dihubungi hari ini.

Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak dan jatuh dari flyover Lebuh Raya EDL menghala ke Pandan, Johor Bahru hari ini.

Raub berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat manakala adiknya menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI