PETALING JAYA – Kesungguhan golongan pendidik dalam memberi ilmu kepada anak didik mereka tidak perlu disangkal lagi terutamanya ketika musim pandemik sejak setahun lalu.
Arahan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menetapkan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) bagi memastikan para pelajar tidak tercicir memberi peluang kepada guru melakukan pelbagai teknik pembelajaran.
Terbaru, tular di media sosial seorang guru yang sanggup mengubah suai kotak bagi memberikan ilmu kepada pelajarnya mendapat pujian orang ramai.
Melalui satu video yang dikongsi pemilik asal nmznmuhammad di Instagram menyaksikan seorang guru yang dipanggil Poknik mengubah suai sebuah kotak yang dijadikan bahan mengajar buat anak muridnya ketika sesi PdPR.
Melalui video tersebut, kotak yang diubah suai itu dilengkapi dengan lampu serta kamera di atasnya bagi menunjukkan teknik menjawab soalan dengan berkesan.
Rata-rata orang ramai memuji konsep yang dilakukan guru tersebut dan ramai juga menyatakan kegigihan guru tersebut bagi memastikan anak muridnya tidak ketinggalan.
“Nampak kesungguhan dan keikhlasan cikgu ni dalam mendidik anak muridnya, terbaik cikgu. Ingat jangan derhaka dengan pendidik kita,” jelas @iam_amyza.
“Cikgu kesukaan saya, cikgu Nik kalau kelas tambahan malam cikgu ni pun seronok sahaja datang, semoga cikgu Nik diberi kesihatan yang baik,” kata @itsfrh.e. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929