fbpx

Bantuan one-off RM500 untuk pemandu bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong

PUTRAJAYA – Seramai 6,600 pemandu bas ekspres di seluruh negara akan menikmati bantuan kewangan secara ‘one-off’ berjumlah RM500 setiap orang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan kewangan itu selepas kementerian membangkitkan perkara itu kepada Kabinet baru-baru ini.

Menurutnya, bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

“Syarat-syarat kelayakan akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak bagi tujuan penyaluran bantuan ini.

“Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja peruntukan bantuan diterima oleh MOT dan agensi-agensi pelaksana berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI