fbpx

Hanya Labuan tiada jangkitan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Hanya Labuan tidak merekodkan jangkitan baharu Covid-19 hari ini, manakala negeri-negeri lain menyumbang kepada kes harian negara sebanyak 14,554 kes dengan jumlah keseluruhan kes positif mencecah 2,171,232 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, dua negeri mencatatkan kes melebihi 2,000 iaitu Sarawak (2,825 kes) dan Selangor (2,244 kes).

“Seterusnya, Johor (1,807 kes), Sabah (1,273 kes), Pulau Pinang (1,231 kes), Perak (1,144 kes), Kedah (908 kes), Kelantan (910 kes), Terengganu (690 kes), Pahang (598 kes), Melaka (401 kes), Kuala Lumpur (271 kes) dan Negeri Sembilan (157 kes).

“Dua negeri dengan kes dua digit ialah Perlis (65 kes) dan Putrajaya (30 kes),” menurut hantaran pada Facebook beliau di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI