fbpx

Milo, Nescafe tiruan dirampas KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penguat kuasa KPDNHEP memerika bungkusan Milo dan Nescafe tiruan ketika serbuan di sebuah premis di Shah Alam baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 81 bungkus serbuk Milo dan Nescafe tiruan yang bernilai RM1,300 dalam satu operasi di Shah Alam, 18 Ogos lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi yang dijalankan di sebuah kediaman di Shah Alam itu hasil maklumat yang diterima pengadu berhubung penjualan serbuk Milo dan Nescafe tiruan menerusi iklan menerusi Facebook.

“Hasil risikan yang dijalankan mendapati penjual menawarkan penjualan serbuk minuman tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga biasa.

“Premis kediaman itu juga digunakan sebagai tempat menyimpan stok barang-barang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iskandar Halim berkata, kesemua barangan tersebut telah dirampas dan seorang suspek wanita warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik premis telah diambil keterangan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI