fbpx

Rosmah gagal gugur Sri Ram kes solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes solar yang dihadapinya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Rosmah selain telah meneliti segala hujahan pihak pendakwaan dan peguam-peguam yang mewakili Rosmah sebelum ini.

Dalam penghakiman ringkasnya, Mohamed Zaini memberitahu bahawa pelantikan Sri Ram oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas adalah sah.

“Saya percaya kebenaran yang diberikan oleh Tommy Thomas kepada Sri Ram untuk menjalankan kes ini sudah pasti dilakukan secara sah. Oleh itu, permohonan ditolak,” kata hakim itu.

Dalam prosiding hari ini peguam-peguam Datuk Jagjit Singh, Datuk Akberdin Abdul Kadir dan Azrul Zulkifli Stork manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P. Kunyalam dan Poh Yih Tinn.

Sebelum ini, dalam prosiding terdahulu Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah, pelantikan beliau selaku pendakwa raya  bermula 30 Ogos 2018, adalah sah. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI