fbpx

‘Kami yakin kes Neelofa ada peluang cerah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris di Kompleks Mahkamah Seremban pagi tadi.

SEREMBAN – Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yakin kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu mempunyai peluang yang baik untuk menang.

“Kami agak yakin kes ini bagus, tetapi kadangkala kita buat representasi supaya tidak buang masa, benda ini kecil, daripada semut ia jadi gajah.

“Dokumen telah diterima dan kami akan kaji untuk persiapan pembelaan atau membuat representasi,” katanya sebagai pihak pembelaan selepas prosiding itu.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes pelanggaran SOP PKPB oleh pasangan selebriti popular tersebut.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI