fbpx

Kes Neelofa langgar SOP ditetap semula 21 Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa yang memakai baju berwarna kelabu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban bersama suaminya pagi tadi.

SEREMBAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 26, di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu.

Terdahulu, Noor Neelofa yang memakai baju berwarna kelabu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada pukul 8.40 pagi tadi.

Turut kelihatan barisan peguamnya, Muhammad Shafee, Ramzani Idris, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris.

Pada prosiding itu, pihak pembelaan telah menerima dokumen berhubung kes pelanggaran SOP PKPB oleh pasangan selebriti tersebut.

Dokumen itu diserahkan pihak pendakwaan kepada peguam yang mewakili pasangan selebriti itu, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Majistret di sini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI