fbpx

Pemandu lori terbabas positif syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar detik-detik lori terbabas di KM10.9 NKVE, semalam.

SHAH ALAM – Satu klip video yang tular mengenai sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) adalah disebabkan memandu dalam pengaruh syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan lori tersebut dalam perjalanan ke Subang.

Katanya, pemandu lori berusia 33 tahun itu kemudian telah hilang kawalan secara tiba-tiba yang dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

“Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.

“Ujian saringan air kencing pemandu lori itu didapati positif methaphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ramsay menegaskan, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi dua minit 54 saat memaparkan sebuah lori dari lorong kanan di NKVE secara tiba-tiba hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebanyak tiga kali sebelum terbabas. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI