fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Melaka dan Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di negeri Melaka dan Johor sehingga pukul 9 pagi, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa lokasi di Melaka selain di sekitar daerah Tangkak dan Muar di Johor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, hujan diramal berlaku di satu atau dua tempat di Perak, Tawau serta Sandakan di Sabah selain Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, tiada hujan diramal melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan pada pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI