fbpx

Namgoon dituduh ambil steroid untuk kekarkan badan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMGOON MIN

TIDAK semena-mena, nama pelakon kacak Namgoong Min menjadi bualan dalam kalangan netizen yang mempertikaikan perubahan bentuk fizikalnya.

Badannya yang tiba-tiba berotot atau kekar secara mendadak mencetuskan spekulasi dalam khalayak bahawa dia menggunakan jalan pintas dengan mengambil steroid untuk membina otot badan.

Tidak cepat melatah, Namgoong kemudian memuat naik beberapa foto miliknya ketika berada di gimnasium, sekali gus menepis dakwaan tidak berasas tersebut.

Meskipun tidak mengeluarkan kenyataan secara rasmi, namun melihat kepada kegigihan pelakon berumur 43 tahun itu bersenam setiap hari membuktikan bahawa otot pada badannya dibina secara alami dan bukannya menggunakan bahan terlarang seperti didakwa netizen.

Difahamkan, pelakon tersebut gigih ke gimnasium dan membina otot pada badannya bagi menjayakan watak sebagai ejen perisik dalam drama The Veil yang baharu sahaja beberapa hari menemui penonton.

Lebih menarik, perkara tersebut turut dinafikan beberapa pakar bina badan menerusi sebuah video dalam YouTube, masing-masing mengatakan pelakon itu sememangnya memiliki tubuh yang sasa.

Justeru, untuk Namgoong membina otot dalam masa yang singkat bukan satu perkara mustahil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI