fbpx

Premis loteri haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tunai yang dirampas dalam serbuan di premis perjudian haram di Kulim, semalam.

KULIM – Polis menahan dua individu dan merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen di sebuah premis di Jalan Raya Kulim di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat  berkata, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan perempuan ditahan dalam serbuan tersebut selain polis turut merampas wang tunai sebanyak RM81,156.

“Hasil siasatan, premis berkenaan dijadikan sebagai pusat pengiraan (counting centre) perjudian loteri awam  tanpa lesen.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi sindiket tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan ke atas kedua-dua suspek dilakukan mengikut Seksyen 4A(a)  Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI