fbpx

Bayu Sutera catat tempahan 95 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKISAN grafik menunjukkan projek pembangunan Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan yang mendapat sambutan baik daripada pelabur.

PETALING JAYA – Projek Bayu Sutera fasa pertama yang diba­ngunkan oleh pemaju hartanah, Matrix Concepts Holding Berhad (Matrix) telah berjaya mencatatkan tempahan sehingga 95 peratus dalam tempoh dua minggu sejak pelancarannya pada Ogos lalu.

Bayu Sutera merupakan projek perumahan terbaharu Kumpulan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dengan meliputi kawasan seluas 86.4 hektar dan melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1 bi­lion.

Projek tersebut menawarkan sejumlah 2,043 unit rumah teres dua tingkat dalam sembilan pre­sint.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Lim Kok Yee berkata, ciri utama projek Bayu Sutera adalah taman unggul yang dinamakan Breezeway yang mana lokasi taman ini seiring dengan laluan angin pantai barat Semenanjung Malaysia.

Setiap presint juga mempunyai taman dengan lanskap tersendiri dan lengkap dengan kawasan permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, peralatan kecergasan dan senaman luaran.

Dari segi keselamatan pula, ke­semua presint disediakan pagar sempadan yang tinggi dan pondok pengawal.

“Berbeza pendapat dengan yang lain, ini adalah masa yang terbaik untuk membeli rumah impian anda.

“Secara logiknya, pasaran hartanah masih melalui proses penstabilan dan para pembeli mempunyai kelebihan sekarang untuk membeli hartanah, baik rumah baharu ataupun rumah sub-sale.

“Lokasi di sini menjadi satu keutamaan disokong pula oleh faktor lain seperti kemudahan awam, keselamatan, aksesibiliti, penyambungan dan hubu­ngan jalan raya utama yang padu menjadi elemen penting dalam penilaian pembeli membuat pilihan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Kok Yee menerangkan, seba­nyak 308 unit daripada 325 rumah dua tingkat Celyn @ Bayu Sutera telah ditempah dan hampir semua unit sudut habis ditempah dalam minggu pertama itu sendiri.

Tambah beliau, rumah Celyn @ Bayu Sutera ditawarkan pada harga RM529,000 ke atas dan berdasarkan data, sebanyak 61 peratus pembeli rumah berasal dari Kuala Lumpur dan Sela­ngor, 26 peratus penduduk Ne­geri Sembilan, manakala bakinya dari negeri lain.

Projek hartanah itu melibatkan pembinaan empat jenis susun atur dengan binaan luas bermula dari 2,142 kaki persegi hingga 2,478 kaki persegi yang sesuai untuk keluarga dan isi rumah pelbagai generasi.

Ruang yang cukup besar ini memastikan keselesaan bagi pemilik kediaman selain privasi yang sangat diperlukan khusus­nya bagi mereka yang bekerja dari rumah.

“Kempen kami agak sederhana dan memfokuskan kepada aspek penciptaan nilai berdasarkan kualiti, reka bentuk moden dan fungsi serta pembangunan bandar lestari kami.

“Oleh kerana kadar tempahan Bayu Sutera fasa pertama yang amat memberangsangkan, Mat­rix Concepts akan melancarkan fasa seterusnya tidak lama lagi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI