fbpx

Permulaan perlahan buat United kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED tersingkir pada saingan EFL apabila tewas 0-1 kepada West Ham pada aksi awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui sangat kecewa dengan aksi perlahan dipamerkan oleh para pemainnya ketika tewas 0-1 kepada West Ham United pada aksi Piala Liga Inggeris awal pagi semalam.

Jaringan Manuel Lanzini pada minit kesembilan menyaksikan West Ham berjaya me­nyingkirkan United pada sai­ngan tersebut.

The Red Devils berjaya me­lakukan 27 percubaan ke arah gawang The Hammers, namun gagal mendapatkan sebarang gol untuk akur dengan kekalahan berkenaan sekali gus menjadi kekalahan kedua dalam tiga aksi apabila tunduk kepada Young Boys minggu lalu.

“Kami gagal menjaringkan gol dan permulaan permainan juga agak perlahan. Ia adalah perkara yang kami perlu berikan perhatian.

“Mereka mendapatkan gol awal dan kemudian kami
bermain dengan baik untuk tempoh yang lama. 27 percubaan yang dilakukan tidak memberi sebarang makna ke­rana kami gagal untuk meraih jaringan.

“Anda sentiasa mahu terus berada dalam saingan tetapi musim ini masih panjang dan kami akan melakukan yang terbaik. Saya tidak mahu me­nyalahkan sikap pemain kerana kami bakal berdepan perlawanan yang lebih besar selepas ini.

“Kami akan terus melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Kami tersingkir pada saingan ini dan ia bukan sesuatu yang kami inginkan tetapi kami perlu fokus untuk perlawanan Sabtu nanti,” katanya.

United bakal berdepan lawan yang agak kuat apabila dijadual turun menentang Aston Villa di Old Trafford Sabtu ini sebelum membuat perhitungan dengan Villareal pada saingan Liga Juara-Juara pada Rabu nanti.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI