fbpx

Ibu tak sempat ambil vaksin dengan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar oleh @HudaZainon berkongsi gambar arwah ibunya yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

PETALING JAYA – “Benda yang paling aku takut dah jadi.”

Itulah perkongsian seorang wanita yang kehilangan ibu tersayang dua hari sebelum tarikh kedua vaksinasi mereka akibat sakit jantung yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 58 saat yang dikongsikan oleh @HudaZainon di TikTok, dia dan ibunya sepatutnya pergi mengambil dos vaksin kedua bersama-sama setelah menerima tarikh yang sama, tetapi dia hanya pergi seorang diri tanpa ibunya disisi.

Menurut pengguna @HudaZainon di laman aplikasi Tiktok, ibunya telah dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung dan ditidurkan apabila mengalami masalah sukar bernafas pada pukul 3 pagi dan bacaan oksigen juga semakin menurun.

“Doktor suruh buat pilihan sama ada nak buat electric shock (renjatan elektrik) paling kuat atau masukkan ubat, dengan ubat berkesan Insya-Allah mak boleh sihat.

“Kalau tak doktor terpaksa berhentikan mesin dan kalau buat electric shock, risiko tinggi tulang rusuk mak akan patah,” luahnya di dalam video itu.

Bagaimanapun, ibunya telah meninggal dunia setelah beberapa hari ditidurkan dan dia telah menerima panggilan telefon daripada pihak hospital kerana keadaan arwah ibunya yang sangat tenat dan oksigen semakin menurun.

Tambahnya lagi, semasa urusan jenazah dibuat, bapanya hanya termenung mengenangkan pemergian isteri tercinta dan tiada lagi peneman di rumah.

“Masa urus jenazah, ayah termenung sahaja, ayah kata sunyi la tinggal kita je,”.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 953,900 tontonan dan 2,579 komen di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI