fbpx

Ruhainies fobia bercuti ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhainies

PETALING JAYA – Pelakon Ruhainies mengakui keinginannya untuk bercuti ke Langkawi membuak-buak selepas sekian lama terkurung, namun terpaksa dipendamkan kerana masih diselubungi rasa takut.

Ruhainies berkata, Langkawi merupakan antara lokasi pelancongan yang paling digemarinya di dalam negara tetapi terpaksa memendamkan hasratnya tersebut selepas memikirkan risiko yang bakal dihadapi kelak nanti.

“Memang teringin sangat hendak bercuti ke Pulau Langkawi sejak kerajaan membenarkan pelancong ke sana menerusi program travel bubble atau gelembung pelancongan.

“Tapi saya masih diselubu­ngi rasa takut akan kebarangkalian dijangkiti Covid-19. Lagi pun saya tinggal bersama ibu bapa, jadi makin bertambah bimbang,” katanya.

Ujar pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, itu lagi, dia menjadi fobia selepas melihat suasana ramai penumpang di dalam kapal terbang.

“Semua penumpang perlu jalani ujian pengesanan Co­vid-19, tetapi saya bimbang jika masih ada segelintir yang ‘terlepas’,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ruhainies memaklumkan dia akan kembali semula ke set penggambaran pada 1 Oktober ini dan enggan mengambil risiko sekiranya dijangkiti wabak maut tersebut.

Pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu memberitahu, dia tidak berniat untuk menakutkan mana-mana pihak kerana keputusan untuk bercuti ke pulau peranginan itu terpulang pada diri masing-masing.

“Bagi saya, buat masa ini biarlah duduk di rumah sahaja. Kalau hendak jalan-jalan pun, cuma yang dekat-dekat sahaja dan tempat yang tidak ramai orang,” ujarnya.

Terdahulu, Ruhai­nies berkongsi status di dalam Insta Storynya bahawa dia tidak sabar untuk bercuti ke Pulau Langkawi, namun mengakui masih di­selubungi rasa takut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI