fbpx

Pegawai SPRM ditahan miliki dadah dan senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Salah seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan telah ditahan polis Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas individu yang disyaki terlibat dalam kes curi barang kes bernilai AS$6 juta itu.

“Tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan oleh pihak PDRM berhubung kesalahan memiliki dadah berbahaya dan memiliki senjata api serta peluru.

“Sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka berhubung dengan tangkapan ini iaitu dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 25 September ini untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI