PUTRAJAYA – Hanya tiga kategori remaja dan kanak-kanak yang dibenarkan hadir secara jumpa terus atau walk-in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Mereka adalah remaja berusia 17 tahun di institut pengajian tinggi (IPT), remaja tidak bersekolah dan remaja belajar di rumah (home schooling).
Perkara itu dijelaskan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM, Dr. Saidatul Norbaya Buang pada sesi taklimat media hari ini.
Saidatul berkata, mereka dibenarkan hadir ke 156 PPV Awam dan Integrasi ditetapkan di seluruh negara dan dikehendaki hadir ke sana dengan ditemani ibu bapa atau penjaga yang sah.
“Jika ibu bapa atau penjaga yang telah menandatangani Borang Persetujuan tidak dapat hadir, mereka perlu menyerahkan Surat Perwakilan kepada wakil berumur 18 tahun dan ke atas yang akan menemani remaja tersebut,” katanya.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929