fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA –Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 7 malam, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Jempol, Negeri Sembilan dan Mersing, Johor.

Sementara itu, bagi negeri Pahang, terdapat beberapa kawasan yang akan dilanda ribut petir bersama hujan lebat sehingga pukul 7 malam ini iaitu di Bera, Pekan dan Rompin.

Keadaan itu juga dijangka akan berlaku di Kuching (Lundu), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Miri (Beluru dan Marudi), Sarawak.

Turut akan mengalami hujan lebat ialah seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI