fbpx

Kolam mandi Ulu Bendul ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA PILAH – Kolam mandi Ulu Bendul di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) ditutup sementara berkuat kuasa esok sehingga Ahad ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan dilakukan.

Yang Dipertua MDKP, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, penutupan itu dibuat susulan laporan berlakunya penularan jangkitan Covid-19, leptospirosis (kencing tikus), dan rotavirus di kawasan rekreasi itu pada minggu lalu.

“Kawasan tersebut akan ditutup sementara selepas disyorkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan supaya pihak berkenaan dapat melakukan siasatan,” kataya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini media melaporkan terdapat 13 kes jangkitan virus melibatkan pengunjung yang mempunyai sejarah pergerakan ke kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul.

Daripada jumlah itu, dua kes dijangkiti Covid-19, kencing tikus (dua kes) dan rotavirus (satu kes). Lapan lagi kes masih menunggu keputusan ujian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI