fbpx

Imuniti kelompok di Johor tak sampai 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (dua dari kini) bertanya khabar kepada salah seorang warga emas yang menerima suntikan vaksin di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Johor yang akan memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara esok kini sedang berusaha keras meningkatkan kadar vaksinasi supaya dapat segera mencapai imuniti kelompok 90 peratus seperti yang disasarkan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kadar vaksinasi di Johor sehingga semalam adalah pada tahap 73.3 peratus dengan seramai 1,988,503 warga dewasa sudah lengkap vaksinasi.

Katanya, semua agensi berkaitan akan terus memperhebatkan program vaksinasi termasuk secara ‘outreach’ dan ‘walk-in’ bagi mempercepatkan lagi usaha mencapai sasaran 90 peratus imuniti kelompok.

“Ini termasuk dengan menghantar pasukan petugas ke kawasan yang dikenal pasti bagi memberi suntikan vaksin Covid-19 khususnya kepada golongan berkeperluan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI