fbpx

Hospital Medan HPP beroperasi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para petugas memindahkan pesakit ketika sesi ujian penuh dan latihan keselamatan kebakaran di Hospital Medan HPP di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Hospital medan bagi fasiliti tambahan perawatan pesakit Covid-19 di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini dijangka memulakan operasi esok dengan menerima pesakit pertama pada pukul 9 malam.

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Dr. Zamri Derahman berkata, bagaimanapun terdapat beberapa prosedur lain yang perlu dilaksanakan pagi esok sebelum ia dapat beroperasi sepenuhnya.

“Setakat hari ini, 90 peratus siap dari segi infrastruktur dan pagi esok pasukan jurutera akan melakukan penilaian akhir yang mana jika ia dipenuhi, hospital ini akan mencapai 100 peratus siap serta bersedia menerima pesakit.

“Pesakit pertama dijangka ditempatkan pada pukul 9 malam, namun pihak HPP perlu menjalankan operasi pembersihan penuh terlebih dahulu sebelum pesakit boleh dirawat,” katanya kepada pemberita selepas sesi ujian penuh dan latihan keselamatan kebakaran di HPP di sini hari ini.

Hospital medan itu dijangka mempunyai 100 buah katil dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit dan lain-lain kemudahan yang mampu merawat pesakit.

Sementara itu Zamri berkata, bagi melicinkan operasi, dua pegawai dan 22 anggota ATM akan ditempatkan di hospital medan berkenaan, manaka lima pakar, 54 pegawai perubatan dan 250 staf sokongan serta jururawat dari Kementerian Kesihatan akan turut ditempatkan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI