TAPAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas pelbagai jenis minuman keras dan rokok seludup bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Stesen, di sini hari ini.
Dalam Op Kontraband oleh Cawangan Risik Briged Utara pada pukul 2.15 pagi itu, dua lelaki berusia 59 dan 51 tahun berjaya ditahan.
Timbalan Komander Briged Utara, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, pihaknya merampas 4,105 karton rokok pelbagai jenama, 38,628 tin arak dan 3,421 botol minuman keras.
Sebahagian barangan itu disembunyikan dalam sebuah lori dan trak pikap manakala selebihnya di dalam premis yang dijadikan gudang penyimpanan.
“Kedua-dua suspek aktif menjalankan kegiatan itu sejak enam bulan lalu.
“Barangan tersebut diambil dari Lembah Klang untuk diedarkan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan kedai runcit di Bidor, Kampar, Tapah, Teluk Intan dan Cameron Highland,” katanya pada sidang akhbar di Batalion 3 PGA Senoi Praaq Kem Bidor di sini hari ini.
Menurut Mohd. Noh, kumpulan itu berselindung di sebalik penghantaran barang perkakasan menggunakan lori dan trak pikap yang mana barang-barang seludup diletakkan di bahagian belakang. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929