fbpx

Mediasi rayuan kes saman Awal, Scha-D’Haja tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awal dan Scha. Gambar fail

KUALA LUMPUR – Proses mediasi kes saman membabitkan pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya dengan syarikat pembekal tekstil D’Haja (Malaysia) Sdn. Bhd. yang kini berada di peringkat rayuan ditetapkan pada 17 Januari 2022.

Mediasi ialah proses bagi menyelesaikan suatu pertikaian tanpa melalui perbicaraan yang panjang di mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili D’Haja ketika dihubungi di sini hari ini.

“Proses mediasi (17 Januari 2022) akan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd.  Firuz Jaffril.

“Sekiranya tiada penyelesaian, mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 19 Januari 2022 dan pada tarikh itu mahkamah juga akan menetapkan satu tarikh lain untuk pendengaran rayuan D’Haja bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen,” katanya.

D’Haja memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membenarkan tuntutan saman Awal dan Scha terhadap syarikat itu berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.

Rayuan itu difailkan D’Haja pada 3 April 2019 atas alasan Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membenarkan tuntutan saman pasangan selebriti berkenaan pada 27 Mac 2019.

Pada 8 September 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat dalam kes saman itu menyelesaikannya secara baik melalui proses mediasi.

Pasangan suami isteri itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap D’Haja. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI