fbpx

Moratarium LDL dilanjut sehingga Jun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tempoh lanjutan moratarium Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh melebihi dua tahun bermula 13 Januari 2021 kini dilanjutkan sehingga tahun hadapan iaitu 30 Jun 2022.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tempoh lanjutan telah dibenarkan untuk membantu mereka yang tidak dapat mengikuti proses mendapatkan lesen dan menduduki ujian memandu akibat penutupan pengoperasian institut memandu (IM).

“Seterusnya pelanjutan tempoh ini juga akan membolehkan pihak IM mengaturkan ujian untuk semua calon dengan pihak JPJ dan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kerajaan juga telah memberikan moratorium dalam urusan pembaharuan permit Institut Memandu, Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) dan Sijil Kenderaan Institut Memandu (SKIM) sehingga 31 Disember 2021 kepada permit dan sijil yang telah dan akan tamat bermula 1 Julai 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab menteri (MQT) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berikutan itu katanya, pemegang SPIM dan SKIM dibenarkan untuk menjalankan operasi latihan dan pengujian dalam tempoh tersebut. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI