PETALING JAYA – Jumlah penggunaan katil di hospital semakin menurun apabila mencatatkan penggunaan sebanyak 10,321 kes hari ini jika dibandingkan sebanyak 14,942 pada 23 Ogos lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, begitu juga dengan jumlah keperluan rawatan rapi (ICU) pada tarikh tersebut juga adalah sebanyak 1,542 kes, namun hari ini telah menurun kepada 1,114 kes.
“Manakala purata kes kematian bagi tempoh tujuh hari pada Ogos lalu adalah 251 kes, kini telah menurun kepada 106 kes.
“Berdasarkan kes aktif semasa yang dicatatkan pula, 83 peratus daripadanya keseluruhan kes daripada kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan kuarantin di rumah, 10.7 peratus kes yang dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), kemasukan ke hospital (5.1 peratus) manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan rawatan rapi sebanyak 0.5 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929