PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan kadar kematian dalam kalangan 14 juta individu yang menerima dos vaksin lengkap hanya 0.01 peratus atau 1,400 kes.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perangkaan ‘breakthrough’ atau kematian selepas mendapat perlindungan dos lengkap suntikan imunisasi Covid-19 berkenaan tidak mengambil kira jenis vaksin yang diberikan.
“Kajian populasi yang dikendalian oleh Institut Kesihatan Nasional (NIH) itu turut menunjukkan kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah imunisasi lengkap ialah 0.007 peratus atau 980 kes.
“Ini menunjukkan walaupun ada kematian direkodkan dalam kalangan mereka yang sudah lengkap suntikan imunisasi, namun terbukti vaksin masih berkesan,” ujarnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929