fbpx

Sampah punca jangkitan di Ulu Bendul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung mengambil kesempatan membawa ahli keluarga beriadah di Taman Eko Rimba Ulu Bendul. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA PILAH – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul yang membuang sampah dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan berlaku penularan kes Covid-19 dan jangkitan virus lain, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan  Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, terdapat dua kes positif Covid-19 dikesan di Wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini dan pesakit didakwa telah mengunjungi air terjun tersebut pada 17 September lalu.

“Selain itu, secara keseluruhan terdapat 13 kes melibatkan pesakit yang mempunyai sejarah pergerakan ke air terjun Ulu Bendul dikesan mempunyai gejala demam, cirit-birit, muntah, sakit badan dan lain-lain.

Tangkap layar dakwaan beberapa pengunjung Taman Eko Rimba Ulu Bendul dikesan mengalami gejala cirit-birit dan muntah selepas mengunjungi kawasan rekreasi itu.

“Daripada jumlah tersebut, dua kes jangkitan Covid-19, dua kes Leptospirosis (kencing tikus) dan satu kes rotavirus manakala lapan lagi kes masih menunggu keputusan ujian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua pesakit tersebut kini dirawat di beberapa hospital termasuk di HTJ, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) dan Hospital Port Dickson.

Justeru itu, beliau menasihati pengunjung kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul supaya menjaga kebersihan kawasan jeram, kolam dan air terjun.

Dalam masa sama, kakitangan Unit Pembersihan Majlis Daerah Kuala Pilah dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengambil inisiatif membersihkan kawasan tersebut daripada sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa pengunjung Taman Eko Rimba Ulu Bendul dikesan mengalami gejala cirit-birit dan muntah selepas mengunjungi kawasan rekreasi itu. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI