fbpx

Ujian saringan kendiri 30 minit sebelum akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menetapkan pasangan yang bakal menjalankan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 kendiri 30 minit sebelum majlis berlangsung berkuatkuasa hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Zakuan Zakaria berkata, pasangan yang didapati negatif Covid-19 sahaja dibenarkan melangsungkan akad nikah yang hanya dibuat di PAD.

“Jumlah pasangan pengantin yang diterima untuk menjalani akad nikah tidak melebihi 10 orang setiap hari bagi setiap PAID.

Mohd. Zakuan.

“Bagi pasangan pengantin yang tidak mendapat kebenaran untuk merentas daerah atau negeri, mereka boleh melantik dan mewakilkan kepada seorang wakil untuk menerima nikah bagi pihaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua pihak perlulah mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh PAID dan majlis boleh dibatalkan sekiranya tidak menepati masa.

“Kehadiran majlis akad nikah dihadkan kepada tujuh orang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua saksi, ayah atau ibu pengantin lelaki dan jurugambar dengan majlis tidak lebih 30 minit,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI