fbpx

Rumah rosak, pokok tumbang akibat ribut di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa rumah rosak akibat pokok tumbang dalam kejadian ribut, malam tadi.

LUMUT – Beberapa pokok tumbang dan puluhan rumah dilaporkan rosak dalam kejadian ribut dan hujan yang melanda daerah Manjung malam tadi.

Kejadian kira-kira 30 minit bermula pukul 7 malam itu turut menerbangkan sebuah khemah sekatan jalan raya (SJR) di Kayan, Sitiawan manakala pintu gerbang depan pejabat Jabatan Kerjaraya (JKR) Daerah Manjung roboh.

Antara kawasan terjejas ialah Taman Samudera, Fasa 3A, Seri Manjung dan Teluk Senangin.

Difahamkan, sebanyak 28 bumbung rumah di Fasa 3A rosak dan diterbangkan angin, bagaimana pun tiada mangsa yang dilaporkan cedera.

Pegawai Operasi dan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Manjung, Leftenan Shamsur Shahuddin berkata, sebanyak enam kejadian pokok tumbang dilaporkan kepada pihaknya.

“Kami menggerakkan anggota ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Operasi pembersihan dan pengalihan pokok tumbang dilakukan oleh semua agensi berkaitan termasuk Majlis Perbandaran Manjung dan bantuan orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, keutamaan kerja-kerja pembersihan diberikan kepada pokok yang menghalang laluan kenderaan awam dan menimpa rumah.

Jelasnya, setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan operasi turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI