PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Sabah pada waktu pagi, hari ini.
“Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda Kuala Penyu, Beufort, Tawau selain Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, hujan diramal berlaku di beberapa tempat di sekitar kawasan pantai Pulau Pinang, Kedah, Perak Selangor dan Melaka pada pagi ini.
Menurut MetMalaysia, tiada hujan dijangka melanda negeri Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor pada pagi ini. – K! ONLINE