fbpx

Golongan muda Kelantan perlu jadi pelapis seni budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Amar Abdullah menyampaikan sumbangan tahunan kelab menerusi Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) di Dewan Teratai, Kota Darul Naim hari ini.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyeru golongan muda supaya menjadi pelapis dengan melibatkan diri dalam seni kebudayaan Kelantan dalam usaha untuk memastikan ia tidak luput ditelan zaman.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Amar Abdullah berkata, sehubungan dengan itu, kerajaan negeri sentiasa menyokong golongan pelapis supaya terus mengekalkan seni budaya.

“Apa yang kita lihat sekarang, golongan muda kurang terlibat dalam kebudayaan pada masa ini.

“Jadi kita berharap sangat mereka dapat terlibat secara langsung dan belajar untuk menjadikan budaya ini sebagai hobi agar ia terus relevan dalam kalangan orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebudayaan Negeri Kali Ke-28 di Dewan Teratai, Kota Darul Naim di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarkat, Kebudayaan , Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Datuk Anizam Ab. Rahman.

Menurut Amar, golongan muda di Kelantan hanya memilih untuk terlibat dalam dikir barat dan dikir laba sahaja.

Katanya, selain dua jenis seni dikir itu, mak yong, silat seni songket dan wayang kulit merupakan antara kategori seni yang kurang mendapat tempat dalam kalangan golongan muda di Kelantan.

“Mereka yang berminat boleh berurusan dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan atau
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi mendapat bimbingan sewajarnya.

“Jika tiada legasi seterusnya, kita juga bimbang seni kebudayaan akan mati dan berharap akan terus kekal dan dihargai selain untuk promosi,” katanya.

Tambahnya, setakat ini, terdapat 17 persatuan budaya berdaftar ini dengan hanya 15 yang masih aktif.

“Selain kursus akademik kebudayaan, kita juga sedang berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk mengadakan jurusan yang melibatkan kepelbagaian makanan dari negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI