fbpx

Makan nasi ‘berebut’ dengan lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Salleh (tengah) dan Ishak (kanan) menunjukkan lalat yang memenuhi perangkap serangga itu di Kampung Ulu Yuh Baru, Tampin semalam.

TAMPIN – Penduduk di Kampung Ulu Yuh Baru di sini, resah apabila kampung mereka sering ‘diserang’ lalat yang didakwa datang daripada operasi sebuah ladang ayam yang terletak hanya kira-kira 400 meter dari kampung tersebut.

Salah seorang penduduk yang membuka kedai makan di situ, Maslina Rahmat, 46, berkata, pelanggannya selalu tidak selesa untuk makan di kedai kerana masalah lalat.

Menurutnya, dia terpaksa membelanjakan sebanyak RM75 sebulan untuk membeli perangkap lalat.

“Pada hari yang banyak lalat, dalam masa tiga jam sahaja pe­rangkap lalat boleh penuh. Kea­daan ini tentunya menimbulkan rasa kurang selesa pelanggan setiap hari,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut di sini semalam.

Bagi seorang lagi penduduk, Ishak Baharun, 43, berkata, kali terakhir kehadiran paling banyak lalat adalah pada 1 Mei lalu.

“Kini masalah ini berulang kembali sejak lebih dua minggu lalu. Keadaan ini menimbulkan banyak masalah terutamanya semasa penduduk mahu makan. Terpaksa pula berebut dengan lalat ketika makan nasi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kariah Ulu Yuh Baru, Md. Salleh Abd. Rashid berkata, sebanyak 50 daripada 90 buah rumah penduduk terjejas akibat masalah lalat itu.

Menurutnya, reban berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun, namun masalah lalat semakin teruk sejak lima tahun lalu dipercayai kerana pertambahan reban ayam yang dibina.

“Kita tak mahu menyalahkan mana-mana pihak hendak membela ayam atau bina reban ayam, tetapi masalah lalat penduduk kena tanggung.

“Namun, kita harap masalah lalat ini dapat di­selesaikan ­kerana ia sudah berlanjutan agak lama sehingga menimbulkan ­keresahan pendu­duk,” tegas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI