fbpx

Pengudaraan, kualiti udara penting bendung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi penekanan dan panduan kepada orang ramai berhubung kepentingan sistem pengudaraan dan kualiti udara dalaman yang baik bagi membendung penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan akan melaksanakan inisiatif pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa mengikut fasa ditetapkan.

“Ini petanda positif namun pada masa sama, kerajaan sememangnya sentiasa menekankan agar pembukaan ini dijalankan secara terancang bagi membendung penularan Covid-19.

“Sehubungan itu, aspek pengudaraan di semua jenis bangunan seperti tempat kerja, premis perniagaan, institusi pengajian, rumah ibadah termasuk kediaman merupakan antara perkara penting perlu dilihat sebagai salah satu strategi bagi mencapai hasrat kerajaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat tiga jenis pengudaraan di bangunan termasuk premis perniagaan dan ruangan tempat kerja iaitu pengudaraan secara semula jadi, sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat) dan sistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara berpusat).

Ujarnya, langkah-langkah pencegahan lain juga perlu dititik beratkan seperti mengehadkan bilangan anggota dalam ruangan sempit, memastikan pematuhan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

Dr. Noor Hisham berkata, orang ramai yang mahu mendapatkan panduan berkenaan pengudaraan semasa pandemik Covid-19 boleh melayari laman web https://www.who.int/publications/i/item/9789240021280. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI