PUTRAJAYA – Negara merekodkan kes sembuh sebanyak 19,702 kes hari ini, sekali gus melepasi jangkitan harian Covid-19 yang mencatatkan 14,990 kes termasuk lima daripadanya kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kes pulih daripada Covid-19 sebanyak 1,917,088 kes dan sebanyak 2,142,924 kes positif di seluruh negara.
“Daripada 14,990 kes positif yang dilaporkan hari ini, 338 kes (2.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 14,652 kes (97.7 peratus) kategori satu dan dua.
“Sebanyak 1,115 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 618 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 26 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 13 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, tiga kluster pendidikan lain serta masing-masing satu kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan, kluster pendidikan tinggi dan kluster kumpulan berisiko tinggi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929