fbpx

Dikompaun bercinta tepi pantai, vaksin tak cukup 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang kekasih yang dikenakan kompaun RM4,000 selepas suntikan vaksin dikesan belum melepasi tempoh matang 14 hari di Pantai Puteri, Melaka, semalam.

MELAKA – Keasyikan sepasang kekasih bercinta di tepi pantai berakhir kekesalan apabila dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas suntikan vaksinasi mereka dikesan belum melepasi tempoh matang 14 hari, semalam.

Kedua-dua individu berusia 20-an itu dikesan pihak polis dalam Op Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilakukan di sekitar Pantai Puteri, di sini.

Pegawai Turus Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Deputi Superintendan Nik Ab. Halim Nikmat berkata, pasangan itu antara 28 individu yang dikenakan kompaun dalam operasi pematuhan sejak 4 September lalu.

Katanya, sehingga semalam sebanyak RM94,500 kompaun dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Semalam sepasang kekasih dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang selepas pemeriksaan rekod suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera mereka mendapati kedua-dua telah lengkap dua dos suntikan, namun belum melepasi tempoh matang 14 hari.

“Kedua-dua mereka antara 28 individu yang telah dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara kesalahan lain dilakukan adalah tidak cukup dos suntikan dan tiada penjarakan sosial semasa makan di kedai serta beriadah di pantai. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI