JAKARTA – Aksi seorang petani menunjukkan skil ‘tolak angin’ ketika sawahnya dilanda puting beliung mengundang tawa netizen di media sosial, lapor Suara.com.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram @infokediriraya, petani itu dilihat berjalan menuju ke arah puting beliung tanpa rasa takut.
Seketika kemudian, lelaki yang lengkap bertopi itu mula membuat aksi seperti ‘menolak angin’ agar ia pergi jauh dari kawasan sawah padinya seperti karakter filem sains fiksyen popular, Avatar.
Ternyata, aksi ‘tolak angin’ itu berjaya apabila puting beliung itu akhirnya beransur pergi dari kawasan sawahnya dan keadaan di situ kembali tenang.
Kehebatan petani itu menarik pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menggelarkannya sebagai Avatar Indonesia.
“Hebat, akhirnya Aang (nama karakter filem Avatar) sudah kembali,” tulis seorang netizen.
“Aksi hebat ini pasti mengundang tangisan Dewa Angin,” komen seorang lagi. – Agensi