fbpx

Tioman sedia terima pelancong sebelum monsun tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (kiri) bersama Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim dalam sidang akhbar di Wisma Sri Pahang Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pulau Tioman sedia menerima pelancong untuk tempoh 60 hari sebelum aktiviti pelancongan ke pulau itu ‘melabuh tirai’ untuk tahun ini berikutan ketibaan musim monsun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka semula sektor pelancongan di pulau terbabit yang telah bersedia sepenuhnya.

“Kami percaya, keputusan itu juga dinanti-nantikan oleh pengusaha pelancongan di Pulau Tioman termasuk penduduk setempat dan mereka pastinya akan merebut peluang ini sebelum tibanya monsun.

“Mereka hanya ada masa dua bulan sahaja untuk beroperasi sebelum monsun kerana pelancongan di pulau tidak dibenarkan sepanjang musim terbabit dan hanya akan beroperasi semula pada Mac,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan tiga lagi lokasi pelancongan dibuka sebagai gelembung pelancongan iaitu Pulau Tioman, Genting Highlands dan Melaka.

Mohd. Sharkar berkata, Pulau Tioman sudah mencapai imuniti berkelompok pada Julai lalu iaitu pada kadar 100 peratus apabila seramai 2,200 populasinya sudah lengkap di vaksin.

Katanya, SOP lengkap bagi gelembung pelancongan Pulau Tioman juga sudah disediakan antaranya cadangan hanya satu jalan masuk ke pulau terbabit di buka iaitu di Tanjung Gemuk, Rompin. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI