fbpx

Vaksinasi secara ‘walk-in’ di Perak hingga 31 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Saarani Mohamad

IPOH – Pemberian suntikan vaksin Covid-19 secara jumpa terus di 22 buah pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini hanya akan dibuka sehingga 31 Oktober depan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, orang ramai berusia 18 tahun ke atas yang masih belum mendapat vaksin boleh berbuat demikian di PPV setiap daerah.

“Berdasarkan maklum balas, ada penduduk kecewa kerana masih belum mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa mengetahui bahawa mereka boleh mendapatkan vaksin secara jumpa terus di PPV.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas yang belum divaksinasi supaya segera berbuat demikian secara jumpa terus,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Saarani, sehingga kelmarin, seramai 1.55 juta atau 83.57 peratus penduduk di negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI