fbpx

Amaran ribut petir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di tujuh buah negeri dijangka akan dilanda hujan lebat beserta ribut petir sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran itu melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala di Kelantan, cuaca sama dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Bagi negeri Terengganu, amaran sama turut diberikan di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Mersing Johor, selain Bintulu (Tatau dan Sebauh) di Sarawak.

“Bagi negeri Sabah pula, amaran sama turut diberikan di Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI