fbpx

China hadkan masa penggunaan TikTok buat remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peraturan pengehadan masa ini tertakluk kepada pengguna berumur 14 tahun ke bawah. - Google

BEIJING – Kerajaan China telah mengeluarkan arahan agar kanak-kanak di bawah umur 14 tahun hanya diberikan masa 40 minit sehari untuk melayari platform media sosial Douyin, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Di bawah peraturan Mod Belia, syarikat teknologi ByteDance yang merupakan pemilik aplikasi TikTok dan Douyin telah meletakkan had masa tersebut bagi pengguna berdasarkan umur yang didaftarkan.

Selain pengehadan masa, kanak-kanak juga hanya diizinkan menggunakan platform perkongsian video itu bermula 6 petang hingga 10 malam sahaja.

Pengguna yang tertakluk di bawah Mod Belia juga akan lebih banyak disajikan dengan video berkaitan pendidikan seperti sejarah dan eksperimen saintifik dalam butang carian mereka.

“Kami akan lebih tegas berkenaan penggunaan aplikasi kami dalam kalangan remaja. 

“Kami juga akan bekerja lebih keras dalam menyediakan kandungan video lebih berkualiti supaya golongan belia boleh mempelajari sesuatu yang berguna tentang dunia,” demikian menurut kenyataan rasmi syarikat tersebut.

Douyin tidak mempunyai had umur pendaftaran yang minimum tetapi sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Langkah itu adalah sebahagian daripada kawalan ketat China mengenai jumlah teknologi yang boleh digunakan oleh golongan muda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI