PUTRAJAYA – Pengusaha kedai makan dan restoran dinasihatkan supaya menugaskan seorang pekerja bagi memeriksa status vaksinasi MySejahtera pelanggan sebelum membenarkan mereka masuk dan makan di dalam premis.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, ia penting bagi memastikan hanya pelanggan yang layak dibenarkan makan di dalam premis.
Beliau berkata, masih ada premis yang leka dan membiarkan pelanggan mereka masuk tanpa memeriksa status vaksinasi.
“Kesalahan itu antara beberapa pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dikesan sepanjang Ops Samar oleh KPDNHEP di premis-premis makanan di seluruh negara sejak 13 Mei lalu.
“Antara kesalahan lain termasuk membiarkan pelanggan masuk ke premis tanpa mengimbas MySejahtera, tidak melakukan penjarakan meja makan, pengimbas suhu tidak berfungsi dan tidak menyediakan cecair pembasmi kuman,” katanya selapas melakukan pemeriksaan premis menerusi Ops Samar di sekitar Putrajaya semalam. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929